Siri Baru : MISTIKAL ALAM di saluran Frugal Outdoors & Camping (F.O.C)
Demi meraikan minat dan rasa ingin tahu viewers yang terlalu banyak bertanyakan kisah misteri/seram sewaktu beraktiviti di alam liar,dan admin sendiri peribadinya tiada kisah seram lagi nk dikongsikan,dengan ini admin menyeru rakan-rakan yang membaca ini jika mempunyai apa2 kisah seram/mistik untuk dikongsikan.
Skop kisah yang F.O.C ingin ketengahkan adalah fokus berkisar kepada kejadian sewaktu anda beraktiviti diluar(outdoor),tak kira sama ada camping,hiking,memancing,memburu dll, pokoknya mesti kisah dialam luar sahaja.
Kiriman cerita yang menarik akan dipilih dan akan dikongsikan dalam sesi rakaman yang akan dijalankan juga di alam luar,mungkin di hutan,sungai,tepi laut,atas bukit dan sebagainya. (time camping solo kn menarik😁)
Pengirim terpilih yang ceritanya dikongsikan di segment ini akan menerima cenderahati dari FOC.
Korang boleh kongsikan kisah seram/mistik korang ke:
Email : frugaloutdoorchannel@gmail.com
Inbox FB Page : https://www.facebook.com/FCampM/inbox
Anda Tidak Sendirian Di Alam.....hehehe 👹
**perancangan segmen ini akan berjalan dan diteruskan berdasarkan sambutan dari jumlah kiriman kisah2 dari korang
Terima kasih geng😎🙏